Isnin, 24 November 2014

Terbaik Dari K'jaan Selangor: Beri Peruntukan Kpd Semua ADUN Termasuk BN & Bebas

KELAB GREENBOC


 
S'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.

"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin.

Sebelum mengumumkan peruntukkan kepada wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukkan itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa.

"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.

Sementara itu, pada sidang medianya, Azmin berkata, peruntukkan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor.

Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukkan itu telah dilakukan di Pulau Pinang.

"Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin

Ketika ditanya adakah peruntukkan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab:

"Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi.



LIHAT VIDEO DI SINI

ULASAN GB

Terbaik dari YAB Mohamed Azmin. Tak macam di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan BN. Dah bertahun-tahun tiada peruntukan untuk ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan Bebas.

Malah di peringkat parlimen pun begitu. Kerajaan BN hanya menyalurkan peruntukkan kepada MP-MP dari BN disamping menganaktirikan MP-MP Pakatan. Buktinya:


Ahli Parlimen BN Dapat RM500,000

Pentadbiran Najib hari ini mengumumkan pemberian tambahan sebanyak RM500,000 untuk setiap ahli Parlimen untuk digunakan bagi tujuan pembangunan di bawah kawasan parlimen masing-masing.

Namun begitu, peruntukan tersebut hanya diberikan kepada semua ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) sahaja. Tidak diketahui sama ada ahli-ahli parlimen Bebas yang pro-BN turut akan mendapat peruntukan tambahan demikian.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin, setiap ahli Parlimen BN akan mendapat jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta termasuklah RM500,000 peruntukan tambahan yang diumumkan itu.

Bung memberitahu bahawa jumlah peruntukan yang diberikan setiap tahun oleh pihak kerajaan adalah berbeza dari setahun ke setahun dan berdasarkan keadaan ekonomi negara.

Menurut Bung lagi, selalunya setiap tahun mereka menerima RM1 juta daripada kerajaan memerintah.

Namun begitu, ahli-ahli parlimen BN yang lain ada mendengar tentang peruntukan tambahan tersebut tetapi belum lagi menerima surat hitam putih mengenainya.

Peruntukan yang diberikan itu adalah arahan terus Perdana Menteri melalui peruntukan tabung pembangunan yang diselenggara dan dibiayai oleh satu unit yang dikenali sebagai Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU).
-KLToday.com

Tiada ulasan: