Roketkini.com
KUALA LUMPUR: DAP meminta Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) dengan mengambil contoh masalah besar dihadapi Jepun
selepas pengenalan cukai jualan.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, kini terdapat
elemen baru bagi dasar ‘Pandang Ke Timur’ iaitu dengan tidak mengulangi
kesilapan Jepun memperkenalkan cukai ketika ekonomi berada dalam keadaan
rapuh.
“Kedua-dua negara bergantung ekonominya kepada penggunaan
domestik, dan apabila dikenakan cukai ia akan mengambil pendapatan boleh
guna yang tidak seberapa dari pengguna biasa sekaligus tidak
menggalakkan penggunaan.
“Memandangkan bencana dari kenaikan cukai jualan Jepun,
Najib harus melakukan perkara terbaik dengan mengambil iktibar dari
kesilapan negara Matahari Terbit itu untuk menangguhkan pelaksanaan
GST,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam mempertimbangkan
mengadakan pilihanraya lebih awal selepas data suku ketiga 2014
menunjukkan kadar pertumbuhan adalah negatif akibat kenaikan cukai
jualan kebangsaan daripada 5 peratus kepada 8 peratus pada April.
Kenaikan cukai tersebut mengurangkan perbelanjaan pengguna
dan memadam potensi pertumbuhan ekonomi yang kini sudah pun dalam
keadaan lemah.
“Ini merupakan perkara mengejutkan untuk Jepun apabila kenaikan cukai jualan pada bulan April boleh merosakkan ekonomi.
“Sebab itu Abe mempertimbangkan untuk mengadakan
pilihanraya awal untuk mendapat mandat baru bagi menangguhkan kenaikan
cukai jualan kedua daripada 8 peratus kepada 10 peratus, yang dijadual
dilaksana 2015 nanti.
“Semoga Najib menjadikan masalah ini sebagai pengajaran dan menangguhkan GST,” kata Chin Tong. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan