Presidennya, Datuk Abu Samah Bachik berkata, permohonan itu telah dipohon sebelum ini, namun masih belum mendapat kelulusan daripada kerajaan.
Justeru menurutnya, biarlah selari pengapungan harga minyak itu dengan komisen yang akan diberikan kepada pengusaha bermula 1 Disember ini agar mereka tidak terlalu rugi.
“Mereka (kerajaan) perlu meluluskan juga komisen mengikut peratusan harga kepada pengusaha pada tarikh sama jika mahu kami menerima pelaksanaan itu.
“Jika tidak kami (pengusaha) tidak akan sokong pelaksanaan itu kerana merugikan pengusaha,” katanya, semalam.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan telah mengkaji perkara tersebut dengan melihat kebaikan kepada semua pihak termasuk pemberian komisen itu, maka pihaknya tiada halangan menyokong hasrat kerajaan itu.
“Kami tiada masalah jika kerajaan menggunakan kaedah pengapungan itu, dengan syarat komisen kami juga diapungkan.
“Maknanya komisen diberikan berdasarkan peratusan harga minyak. Apabila harga minyak turun naik, komisen akan ikut trend apungan itu,” katanya.
Jelasnya, komisen yang dipohon sebelum ini adalah sebanyak lapan peratus untuk setiap harga minyak.
“Kami dah hantar permohonan mengenai perkara itu, tetapi belum lagi diberi kelulusan. Harap ia akan disegerakan dan 1 Disember ini, komisen tersebut akan mula dikira mengikut peratusan harga minyak,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan