PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyifatkan pihak pendakwaan, Tan Sri Shafee seharusnya menegakkan
keadilan dan bukannya menjadi musuh politik pada perbicaraan rayuan kes
liwat II.
Anwar berkata, dia sepatut ingat bahawa beliau seorang pendakwa raya
yang hanya mewakili peguam negara dan tidak perlu bersikap sombong dan
angkuh dengan mengatakan mahu meletakkan paku terakhir didalam keranda
buat saya.
"Semalam saya duka cita kerana Yan Sri Shafee mewakili peguam negara
bercakap dengan begitu sombong dan angkuh dengan mengatakan akan
meletakkan paku yang terakhir dalam keranda Anwar.
"Dia mesti ingat yang dia bukannya disini sebagai musuh politik mewakili
UMNO, dia sebenarnya adalah pendakwa raya yang hendak pertahankan
kebenaran dan tahap profesionalisme, hari ini tiada keranda dan paku
buat Anwar," katanya kepada penberita di Istana Kehakiman hari ini.
Tambah beliau lagi, tiada rasa kebimbangan dan akan terima sebarang
keputusan dengan hati terbuka melalui perbicaraan yang sudah
berlangsung.
"Saya sikit pun tiada rasa kebimbangan dengan apa yang sudah berlaku dan
kesediaan panel-panel hakim Mahkamah Persekutuan dengan mendengar
dengan teliti segala hujah yang dibentangkan. Semua hujah mereka telah
dipatahkan," katanya lagi.
Anwar turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh barisan
peguam yang telah berkerja keras sepanjang perbicaraan rayuan kes liwat
II ini.
"Saya ingin ambik kesempatan ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada barisan peguam-peguam sejak mendiang Karpal Singh sehingga
sekarang yang telah menjalankan tugas cukup cemerlang, " katanya lagi.
1 ulasan:
Si Peheee tu kan nak dijadikan AG olih Umnob!
Jadi awal2 kenalah tunjuk belang siang siang agar secucuk dengan nilai2 murni pemimpin Umnon yang lazim.
Bongkak,sombong,pembelit adalah nilai2 yang amat berharga dalam Umnob.
Catat Ulasan