Roketkini.com.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tak perlu mengeluarkan kenyataan
menyindir, kononnya Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng tidak tahu
perbezaan antara Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Dalam satu kenyataan Lip Eng berkata, Shabery yang mungkin
terlupa bahawa desakan kuat Pakatan Rakyat memungkinkan tarikh 16
September diisytihar sebagai cuti umum.
“Kesilapan saya satu patah perkataan itu yang beliau
raikan. Berbeza dengan rakan menterinya yang seorang lagi boleh
hilangkan enam perkataan daripada ucapannya.
“Saya perlu perjelaskan bahawa saya tahu betul apa
perbezaan antara Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16
September.
“Tapi tak apa. Saya tak ambil hati,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan
Shabery hari ini menyindir Lip Eng yang menurutnya keliru dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Lip Eng
yang mencadangkan agar kerajaan mengutamakan sambutan ‘Hari Kebangsaan’
pada 16 September setiap tahun berbanding sambutan ‘Hari Merdeka’
Shabery berkata, beliau berpendapat bahawa parti DAP juga keliru mengenai dua hari kebesaran itu, sepertimana Lim
Lip Eng menegaskan soalan dibangkitkannya di Parlimen hari
ini sama ada kerajaan bercadang meraikan 16 September dengan lebih
meriah demi perpaduan rakyat Malaysia yang terbentuk hasil perpaduan
Semenanjung bersama Sabah dan Sarawak.
“Pastinya perayaan Persekutuan Malaysia lebih besar maknanya bagi warga Sabah dan Sarawak.
“Maka kenapa hanya Hari Merdeka yang disambut meriah. Ini
saya dapati daripada jawapan kerajaan sendiri hari ini di Parlimen
memberitahu perbelanjaan Hari Kemerdekaan adalah RM20 juta tahun lalu,
dan RM17 juta tahun ini,” ujarnya.
Namun, kerajaan mengelak soalan tambahan Lip Eng mengenai
kemungkinan bertambahnya perbelanjaan menyedia majlis sambutan Hari
Kemerdekaan memandangkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
tahun depan
“Adakah kerajaan bercadang untuk berjimat memandangkan
hakikatnya kerajaan tidak begitu berduit sehingga perlu mencukai rakyat
miskin.
“Walaupun parlimen menyatakan perbelanjaan RM17 juta untuk
perayaan tahun ini tanda kerajaan berjimat, kita tahu tahun ini memang
kerajaan meraikannya secara ‘kecil-kecilan’, lantaran negara bersedih
dengan tragedi MH17 dan MH370.
“Jadi sebenarnya kerajaan tidaklah ‘berjimat’ sangat,” kata Lip Eng.
Justeru itu, beliau sekali mengulangi soalannya sama ada
kerajaan akan terus berbelanja besar bagi perajaan Hari Merdeka dan
menganaktirikan Hari Malaysia serta unjuran perbelanjaan perayaan
tersebut berikutan pelaksanaan GST.
“Tak perlu berbuih mulut sebut perkara yang tak ada kena
mengena, jawab dahulu soalan yang lebih penting,” kata Lip Eng. –
Roketkini.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan