Muhammad Rizalman Ismail
WELLINGTON – NEW ZEALAND. [DIKEMASKINI] Bekas pembantu staf Suruhanjaya
Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman
Ismail didakwa atas dua pertuduhan melibatkan jenayah pecah rumah dan
serangan seksual dengan niat, di Wellington, lapor AFP.
Bagaimanapun, ketika prosiding pendengaran pertuduhan dilakukan, Muhammad Rizalman memberi pengakuan tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit dan mahkamah kemudiannya menetapkan kes disebut semula pada Februari tahun hadapan.
Mahkamah membenarkan Muhammad Rizalman dilepaskan dengan jaminan dan mengarahkannya menyerahkan pasport selain diarah berada di bawah perintah berkurung pada waktu malam.
Berdasarkan pertuduhan, dia cuba merogol seorang wanita berusia 21 tahun di rumahnya dekat pinggir bandar Wellington iaitu di lokasi sama Suruhanjaya Tinggi Malaysia berada. Jika sabit kesalahan, Muhammad Rizalman, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun.
Pada Oktober lalu, atas persetujuan Malaysia dan pihak berkuasa New Zealand, lelaki berusia 38 tahun ini telah di ekstradisi ke New Zealand bagi menjalani tempoh soal siasat dan perbicaraan mahkamah atas pertuduhan yang dikenakan selepas dia meninggalkan negara tersebut pada Mei lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan