Rabu, 12 November 2014

Polis siasat pengendali web Zunar

MALAYSIAKINI


 


Pengendali laman web rasmi kartunis terkenal Zunar dipanggil polis untuk hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk disoal siasat esok.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque
berkata, pengendali web itu dipanggil pada jam 2 petang.

Laman web (kanan) yang dikendalikannya itu turun menjual buku-buku secara atas talian, selain memuatkan karya-karyanya.

Khamis lepas, tiga pembantu jualan bukunya telah ditahan polis.

Zunar memberitahu Malaysiakini, beliau tidak tahu menahu tujuan sebenar polis memanggil pengendali web itu.

“Dia (pengendai web) disuruh hadir di Dang Wangi jam 2, tak tahu untuk soal siasat atau bagi kenyataan atau apa (tujuan),” katanya.

'Tak hormat mahkamah'

Beliau bagaimanapun merasakan ia berkaitan jualan buku-bukunya.

“Hari itu mereka tangkap orang jual buku, sekarang nak tangkap yang jual buku saya secara atas talian.

"Mereka sasarkan aktiviti jualan di laman web,” kata Zunar.

Tidak gembira dengan tindakan itu, Zunar berkata tindakan itu tidak menghormati keputusan mahkamah.

“Ini (berlaku) lepas mahkamah sudah bagi saya menang.

"Jadi mereka tidak hormat pada mahkamah,” katanya.

Tiada ulasan: