MALAYSIAKINI
Sejumlah penumpang yang mahu ke Kuala Lumpur terkandas di Shanghai Sabtu
lalu, selepas pesawat MH387 milik Malaysia Airlines (MAS) membuat
pusingan balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong.
Dalam e-mel balas kepada Malaysiakini hari ini, MAS mengesahkan bahawa pesawat itu berpatah balik ekoran anomali teknikal.
MH387 berlepas daripada Pudong di Shanghai pada jam 9.45 pagi dan
sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 3.30
petang.
“Kapten operasi memutuskan untuk kembali ke lapangan terbang sebagai
langkah berjaga-jaga. Pesawat itu mendarat dengan selamat pada 11.05
pagi,” kata MAS.
MAS tidak menjelaskan berhubung 'anomali teknikal' yang dimaksudkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan