Idris Jusoh
 
 
KUALA LUMPUR - Penyelidikan universiti tempatan yangtidak dikomersialkan bukan merupakan satu pembaziran.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penyelidikan yang tidak dikomersialkan itu dianggap sebagai peningkatan ilmu secara lebih mendalam mengenai bidang-bidang kajian yang dilaksanakan sesebuah universiti.

"Baru-baru ini ada surat khabar mengatakan bahawa penyelidikan tak guna. Itu satu kenyataan yang tak berapa kena, kerana ada juga penyelidikan untuk meningkatkan ilmu universiti...pengetahuan meningkatkan taraf pengetahuan
universiti.

"Ini kerana penyelidikan di universiti ini bukan ke arah pengkomersialan semata-mata, kerana peningkatan ilmu itu mustahak dan pada masa yang samabukannya semua kajian boleh dikomersialkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengkomersialan Teknologi MTDC (Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia) di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai langkah peneraju, kerajaan dalam pembentangan Bajet 2015 baru-baru ini, telah memperuntukkan RM50 juta untuk usaha penyelidikan di universiti melalui rangkaian penyelidikan swasta-awam.

"Melalui inisiatif ini, syarikat-syarikat berpeluang berkongsi cabaran dan masalah teknikal mereka dengan penyelidik universiti dan institut penyelidikan.

Para penyelidik pula akan menilai masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada syarikat.

"Program ini merupakan contoh cemerlang mengenai perkongsian strategik dan inovatif yang akan menggalakkan kerjasama di kalangan ahli akademik, industri dan kerajaan dengan memanfaatkan potensi dan kekuatan masing-masing," katanya.

Sebanyak 500 orang, terdiri daripada ahli-ahli akademik, penyelidik, usahawan, penggubal dasar, pakar dalam bidang teknologi dan pengurus danamenghadiri persidangan dua hari anjuran MTDC.

Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dianugerahkan hadiah buku inovasi MTDC bernilai RM51,500 bagi setiap universiti. - Bernama