Jumaat, 7 November 2014

Pemilik bot ekspres ancam tamatkan perkhidmatan

 
Pemilik bot mendakwa mereka sengsara sepanjang 10 tahun yang lepas dengan kenaikan banyak barangan yang melambung tinggi.


bot ekspress


KUCHING: Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Murni Suhaili, menggesa pemilik bot ekspress mesti mengembalikan tambang kepada kadar yang lama sehingga terdapat kelulusan dari kerajaan Sarawak untuk kenaikan tambang.

Beliau berkata setakat ini tiada kelulusan untuk kenaikan tambang bot di Sarawak dan mengingatkan operator bot ekspress untuk tidak menaikkan tambang mereka.

“Sebenarnya LSS telah bersetuju untuk kenaikan harga yang munasabah untuk semua bot ekspress seluruh Sarawak dan sudah mencadangkannya kepada kerajaan Sarawak. Ini untuk memastikan perkhidmatan bot ekspress lebih selamat dan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan selepas pemilik bot ekspress mengesahkan mereka menaikkan tambang bermula 1 November tanpa memaklumkan kepada LSS.

Menurut pemilik bot ekspress, banyak faktor yang membuatkan kenaikan tambang bot termasuk harga minyak, gaji pekerja dan kos penyelenggaraan.

Pemilik bot mendakwa mereka sengsara sepanjang 10 tahun yang lepas dengan kenaikan harga banyak barangan yang melambung tinggi.

Mereka mengancam pihak berkuasa jika bekeras dengan mereka, mereka bersedia untuk menamatkan perkhidmatan bot ekspress mereka.

Tiada ulasan: