Jumaat, 21 November 2014

Pegawai Imigresen hadapi tuduhan bunuh tahanan

SINAR HARIAN


mahkamah
 
 
KANGAR - Dua pegawai Jabatan Imigresen dihadapkan di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas tuduhan membunuh seorang warga Bangladesh semasa dalam tahanan pada 29 Oktober lepas.

Mohd Aminnudin Mohd Yasin, 32, dan Zuhairul Effendy Zualkafli, 32, dituduh mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Abu Bakar Siddiqe, 45 tahun, antara jam 10 dan 11 malam, 29 Oktober, di Jabatan Imigresen Kangar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri menetapkan 12 Disember untuk sebutan semula kes itu.

Ketua Unit Timbalan Pendakwa Raya Perlis, Badius Zaman Ahmad mengendalikan pendakwaan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Rahamathullah Baharudeen. - Bernama

Tiada ulasan: