Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) melibatkan manfaat secara langsung kepada golongan belia akan terus dirancakkan dengan pelbagai program.
Antara langkah bakal diambil termasuk menghadiahkan wang tunai RM10,000 sebagai insentif kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Penggerak Belia Tempatan (PBT) yang berjaya mendaftarkan peserta program Insentif Perkahwinan Belia Selangor paling ramai.
Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari berkata, langkah itu diambil berikutan penyertaan belia dalam program insentif perkahwinan itu masih berada ditahap rendah.
“Dilihat pendaftaran untuk insentif perkahwinan masih sangat rendah, kita ada 17,000 sahaja tahun lepas.
“Jadi untuk insentif itu, tahun hadapan PBT mendaftarkan paling banyak kita hadiahkan RM10,000 dan Pusat Khidmat Masyarakat juga RM10,000,” kata Amiruddin di Program Taklimat Pembentangan Laporan Akhir Dasar Belia Negeri Selangor di Bangunan Annexe, di sini, malam tadi.
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini memperkenalkan pelbagai program di bawah Skim MES sebagai usaha mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.
Program-program itu melibatkan semua lapisan umur daripada peringkat bayi hinggalah ke peringkat usia emas.
Program itu turut menitik beratkan skim yang melibatkan belia secara langsung seperti hadiah masuk universiti, insentif perkahwinan belia dan pelbagai agenda lain.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan