Khamis, 20 November 2014

Minyak: Bukan kerajaan bagi subsidi, rakyat terpaksa bayar lebih

Oleh: NAEEM RAFFI


SHAH ALAM: Pemberian subsidi bukan satu jenayah dan menerima subsidi jugak bukan suatu dosa, kata Pengarah Pendidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad.

Kenyataan itu merujuk kepada sikap kerajaan yang teragak-agak menurunkan harga minyak walaupun harga minyak mentah pasaran dunia jatuh 20 peratus, sejak dua bulan lalu.

“Malangnya di negara ini, tanggapan kepada (memberi) subsidi itu tidak ubah seperti jenayah dan (rakyat) terima pula seperti satu dosa.

Demo Bantah Minyak Naik Depan Parlimen (11)“Untuk menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat pemberian subsidi itu perlu. Lihat sahaja di negara maju, kerajaan salurkan subsidi yang begitu besar untuk pertanian bagi menjadikan sektor itu mampu bersaing,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sebelum ini, Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa rakyat terus memberikan tekanan dan mendesak Kerajaan Pusat menurunkan harga petrol.

Pada 18 November lalu, kerajaan menurunan RON97 kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.75 seliter sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel Kerajaan Persekutuan hanya RM2 bilion bagi tahun 2015 apabila unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong bagi tahun 2015.

harga-minyak-naik-20-senKatanya, jumlah subsidi itu adalah penjimatan RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.

Pada Oktober lalu, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter dalam usaha kerajaan merasionalisasikan subsidi.

Justeru, pihaknya berpandangan kerajaan wajar menurunkan harga petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi hasil penjimatan ekoran harga minyak pasaran dunia yang semakin turun.

Sehubungan itu, Rafizi akan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember ini jika harga petrol RON95 dan diesel tidak diturunkan, yang mana PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember ini.

dr dzul close 01Mengulas lanjut, Dr Dzulkifly berkata demontrasi bukan pilihan utama, namun ia adalah langkah yang munasabah jika kerajaan terus berpeluk tubuh meminggirkan kebajikan rakyat.

“Kalau turun ke jalanan berdemontrasi itu langkah terakhir buat rakyat, saya kira ia sangat munasabah jika cara diplomasi yang diambil menemui jalan buntu apabila kerajaan masih pekak dan tidak peduli rakyat.

“Kerajaan menanggung subsidi yang kurang dan jika harga minyak mentah dunia terus turun tetapi harga jualan petrol negara ini terus kekal (RM2.30 seliter-RON95 dan RM2.20 seliter-diesel), bukan kerajaan yang beri subsidi kepada rakyat, sebaliknya rakyat yang membayar lebih kepada kerajaan,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: