Mereka mahu kami mengikut prosedur tapi mereka tidak mengikut prosedur
Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan oleh staf UM yang terlibat dalam prosiding itu akan ditangguhkan ke 18 November setelah berjumpa sendiri dengan staf tersebut.
“Kami tunggu sehingga jam 12.45 tengahari setelah selesai prosiding dan menanyakan sama ada kami mahu menangguhkan atau tidak prosiding ini.
“Kami tunggu mereka buat keputusan, namun mereka terus keluar tanpa memberitahu kami. Kami sendiri pergi ke tempat prosiding itu, dan kami tanya mana ahli panel dan kami mahu mengetahui keputusan.
“Mereka baru memberitahu prosiding tersebut dilanjutkan ke 18 November,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Dalam prosiding tatatertib yang bermula pagi tadi, beliau diwakili Presiden Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) Prof Madya Azmi Sharom selaku peguam.
Panel yang terdiri daripada 3 anggota, diketuai Professor Dr Zanariah Abdullah, mendengar testimoni dari semua 8 pelajar di antara jam 9 hingga 12 tengahari ini.
Tambah beliau, “Lembaga Disiplin UM ini tunjuk satu sikap yang biadap, mereka tak menghormati kami sebagai mahasiswa dan Azmi Sharom juga merupakan pensyarah UM.”
“Kami mengetahui staf yang perlu beritahu juga sudah lama keluar. Tindakan apa universiti ini. Mereka mahu kami mengikut prosedur tapi mereka sendiri tidak mengikut prosedur.
“Saya menyifatkan sikap universiti ini tidak ada adab dan tidak berakhlak. Tak menghormati kami sebagai mahasiswa dan wakil pensyarah. Sebagai orang Islam kita perlu ada adab dan akhlak,” jelasnya.
Katanya lagi apabila diminta ulas mengenai tawaran oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad untuk memberi peluang kepada 8 pelajar UM tersebut menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti lain seperti Universiti Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), beliau mengucapkan terima kasih.
“Terima kasih kepada Nik Nazmi dan kerajaan Negeri Selangor sudi membantu kami. InsyaAllah kami akan bekerjasama dan sangat menghargai dia (Nik Nazmi) punya tawaran.
“Kalau dah ada tawaran kita akan ke sanalah,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan