Jumaat, 14 November 2014

Lapor jika ada diskriminasi peniaga


Tee Yong  
Tee Yong

 
KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada peniaga yang didiskriminasikan atau dipaksa untuk mendaftar di bawah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) walaupun tidak mencapai nilai jualan yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, perbuatan itu dianggap serius kerana hanya peniaga yang memperoleh nilai jualan lebih RM500,000 setahun diwajibkan untuk mendaftar.

“Jika ada maklumat bahawa ada peniaga (dengan nilai jualan di bawah RM500,000) yang dipaksa mendaftar, maklumkan kepada pihak kastam kerana ia perbuatan yang serius.

“Peniaga ini mendaftar secara sukarela, keputusan di tangan mereka," katanya menjawab soalan tambahan Rafizi Ramli (PKR- Pandan) di Dewan Rakyat, semalam.

Rafizi meminta penjelasan timbalan menteri berhubung dakwaan syarikat yang tidak mendaftar GST tidak boleh membeli atau mendapatkan bekalan barangan daripada syarikat berdaftar GST.

Tiada ulasan: