Ahad, 16 November 2014

Kurup bimbang ancaman keganasan dalaman

MALAYSIAKINI


    


Tempoh lama keamanan dan harmoni di negara ini sedang menuju ke arah sikap acuh tidak acuh terhadap ancaman keganasan di kalangan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Joseph Kurup berkata, ia menyebabkan lebuh banyak pandangan ekstrimis muncul yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum ada agama di negara ini.

“Ketaksuban agama menjadi tajuk berita setiap hari.

“Kumpulan atau individu yang mengejutkan muncul dengan seruan untuk membakar Bible, membawa kepala lembu atau menghina kesucian Ramadan.

“Apa yang tidak kena dengan hari ini?” soal Kurup.

Beliau bercakap demukian dalam ucapan sempena Hari Toleransi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di Limkokwing University of Creative Technology hari ini.

Tiada ulasan: