Rabu, 5 November 2014

K'jaan mengaku intip talian komunikasi

MALAYSIAKINI



 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengakui bahawa kerajaan mengintip talian komunikasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, intipan tidak melibatkan talian komunikasi ahli politik mahupun pihak awam, kata Nancy dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.

Intip juga tidak dilakukan ke atas kiriman emel atau pos, katanya lagi dalam jawapan kepada Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin).

“Berdasarkan rekod sehingga kini, pintasan hanya dibuat kepada talian komunikasi dan tiada pintasan dibuat kepada emel atau pos.

“Daripada statistik talian komunikasi juga, tiada pintasan komunikasi yang melibatkan mana-mana ahli politik atau orang awam,” kata Nancy dalam jawapannya.

Tan meminta kerajaan mendedahkan jumlah terperinci kes pemintasan yang dijalankan ke atas ahli politik, suspek jenayah dan orang awam bermula 1998 sehingga 2014.

Tiada ulasan: