Ahad, 16 November 2014

Isu dana RM2.5 juta dibincang dalam mesyuarat MBI 20 November

Oleh: AFEEQA AFEERA


KUALA LUMPUR: Isu pemulangan dana bernilai RM2.5 juta kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) akan dibincangkan semula dalam mesyuarat pemerbadanan itu sebelum tindakan selanjutnya akan diputuskan, pada 20 November ini.

Perkara itu dimaklumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali selepas merasmikan program Bantuan Anak Masuk Sekolah di sini, hari ini.

Beliau berkata, laporan berhubung perkara itu sudah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 12 November lalu, namun ia akan dibincangkan semula.

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 02“Audit sudah keluarkan laporan penuh berkenaan bayaran itu kepada bekas kakitangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Laporan itu sudah dibentangkan dalam MMKN, pada 12 November lalu tetapi kita akan bawa balik perkara ini dalam mesyuarat bersama MBIdan putuskan apa tindakan seterusnya,” katanya.

Pada 14 November lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa Kerajaan Negeri sedang dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.

xavier kuning pc 01“Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI,” tulis Dr Xavier di laman Twitternya.

Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang itu, pada 14 November lalu.-NFN-

Tiada ulasan: