MALAYSIAKINI
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan menyokong seruan
Pemuda PAS negeri untuk memboikot MAS kerana turut mengenakan bayaran
kepada penumpang beragama Islam untuk hidangan arak dalam pesawat.
Ketua aktivis PPIM Kelantan, Datuk Dr Mohd Fareed Abdul Ghani berkata, seruan boikot itu wajib dipenuhi oleh orang Islam.
"Boikot itu wajib kerana dunia sedia maklum Malaysia adalah negara Islam.
“MAS perlu menyedari hakikat ini dan menghentikan caj itu," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Menurutnya lagi, MAS juga perlu “mencari keberkatan” dalam perniagaannya.
Kenyataan itu timbul susulan amaran oleh ketua Pemuda PAS Kelantan,
Ahmad Fadhli Shaari bahawa pergerakan itu akan memboikot MAS jika jualan
arak tidak dihentikan serta merta.
Pandangan Fadhli disokong Pemuda PAS Pahang yang akan menghantar memorandum menuntut perkara yang sama dari MAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan