Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA - Menyentuh isu dakwaan menghina mahkamah yang dikemukakan
oleh Ketua Pendakwa, Tan Sri Shafee Abdullah semasa prosiding pagi tadi,
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan akan
dibuat bersama barisan peguamnya selepas perbicaraan liwat ini selesai.
"Satu-satulah. Takkan semua nak charge ( tuduh) sekali gus," katanya ringkas kepada wartawan ketika prosiding ditangguhkan.
Sementara itu, Shafee di luar kamar mahkamah memberitahu isu tersebut adalah arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang mahukan pihak pendakwaan memaklumkan perkara tersebut kepada mahkamah.
"Adalah menjadi tugas jabatan untuk melindungi mahkamah daripada dicemari," katanya.
Menurutnya, mahkamah bagaimana pun mahkamah bersetuju dengan cadangan pendakwaan agar kes rayuan liwat terakhir yang difailkan Anwar diselesaikan terlebih dahulu.
"Prosiding ini berjalan dengan lancar dan kita tidak mahu sebarang gangguan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan