Selasa, 18 November 2014

Harga Minyak Dunia Turun Serendah (US$77.44). Kata Ahmad Maslan, Harga Minyak Malaysia (RON95) Boleh Turun Tetapi Bersyarat!

harga minyak



Harga Minyak Dunia Turun Serendah (US$77.44). Kata Ahmad Maslan, Harga Minyak Malaysia Boleh Turun Tetapi Bersyarat! Minyak dunia terus menunjukkan trend menurun dan terus jatuh daripada satu tangga ke tangga yang lebih rendah. Bagaimana pula trend harga minyak di Malaysia?

Harga minyak di Malaysia masih lagi “berdiri kukuh dan megah” seperti teguhnya bangunan tertinggi Burj Khalifa di awan biru. Belum ada tanda-tanda kelihatan mana-mana pemimpin politik yang tampil memberikan kenyataan mengenai penurunan harga minyak Malaysia termasuklah Timbalan Menteri yang paling “popular” dengan lensa kamera dan di kaca televisyen iaitu siapa lagi jikalau bukan Datuk Ahmad Maslan yang acapkali menyampaikan “buah fikirannya” kepada umum.

Terbaru, setelah harga minyak dunia mencatatkan pada paras serendah US$77 setong, Ahmad Maslan sekali menyampaikan akur janji supaya kerajaan dapatlah kiranya turun harga minyak Malaysia. Tetapi ada syarat yang dikenakan Ahmad Maslan untuk anda rakyat Malaysia….

Syarat Harga Minyak Malaysia Turun?

 

  1. Walaupun harga minyak dunia sekarang sudah cukup rendah, tetapi bagi Ahmad Maslan masih belum cukup rendah lagi. Ini kerana harga minyak dunia mestilah lebih rendah daripada tanggungan subsidi yang diberikan selama ini
  2. Harga minyak dunia mestilah berada pada paras US$70 (RM234) hingga US$75 (RM251) setong jikalau mahukan kerajaan mengkaji keperluan untuk mereka turun harga minyak
Harga RON95 Turun


Daripada harga minyak dunia setinggi US$100 setong sekitar petengahan bulan Jun dan awal Julai 2014 dan kemudiannya mula jatuh terus ke peras US$75 setong hari ini, harga minyak Malaysia kelihatan “degil” untuk turun.

Tetapi berita apa yang rakyat dapat? Kenaikan harga minyak Malaysia dan selepas itu “harapan untuk turun”.

Persoalannya mengapa harga minyak Malaysia RON97 yang diapungkan mengikut harga pasaran dunia masih tidak turun lagi? Mengapa?

Tiada ulasan: