Wakil
sebuah syarikat penyimpanan rekod Regelia Records Management Sdn Bhd
keluar dari mahkamah selepas dikenakan denda RM12,000 oleh Mahkamah
Majistret di Shah Alam hari ini. Syarikat tersebut didenda kerana gagal
membayar gaji pokok kepada empat pekerja warga asingnya sebagaimana
ditetapkan dalam perintah gaji minimum di bawah Akta Majlis Perundingan
Gaji Negara 2011 (National Wages Consultative Council Act 2011).
Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin memerintahkan syarikat berkenaan
membayar denda itu selepas ia mengaku bersalah terhadap kesemua 12
pertuduhan. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Sebuah syarikat penyimpanan rekod didenda RM12,000 Mahkamah
Majistert Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 12
pertuduhan gagal melaksanakan gaji minimum kepada empat pekerjanya, Ogos
lalu.
Keputusan itu dibuat Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin terhadap Regalia Records Management Sdn Bhd.
Mahkamah juga memerintahkan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Syarikat itu yang diwakili Pengurus Besar Sumber Manusia mengaku bersalah gagal membayar gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM900 pada April, Mei dan Jun lalu kepada empat pekerja warga asingnya.
Kesalahan itu dilakukan di No 6, Jalan Astaka U8/84, Bukit Jelutong Business And Technology Centre, Shah Alam dekat sini pada 13 Ogos lalu.
Pendakwaan di buat mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
Pegawai Pendakwa Jabatan Buruh Selangor Siti Nur Alifah Hairudin bertindak mewakili pendakwaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan