ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)
Fahmi Zainol hari ini memohon diberikan masa 14 hari untuk membuat
persiapan sebelum pendengaran oleh lembaga disiplin universiti itu.
Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader memberitahu
pemberita hari ini bahawa lembaga disiplin mempertimbangkan permohonan
Fahmi.
"Fahmi memohon tempoh lanjutan bagi perbicaraan dengan berkata dia
perlu 14 hari tambahan untuk mempersiapkan tuntutan terhadapnya,"
katanya yang dipetik The Malaysian Insider.
Fahmi berdepan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isnin lalu, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara
apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada
penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri
program pidato Ketua Pembangkang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan