KL TODAY
Pemain
bass, Mohd Eddie Ghazali, 46, yang juga suami kepada Raja Azmi Raja
Sulaiman, 55, mengakui dia berasa amat berat hati untuk melepaskan
produser filem penuh sensasi itu pergi daripada hidupnya.”Sedih… Itu
yang boleh saya katakan tentang perasaan saya ketika ini. Dalam waktu
yang sama, saya juga tidak mahu kehilangan dia dalam hidup saya.
“Tapi,
apa boleh buat. Saya sudah berusaha tapi ini sajalah jalannya
(bercerai). Apa yang saya lakukan ini bukanlah di atas kehendak saya,
tapi demi kebaikan Raja Azmi, saya terpaksa lakukan,” katanya seperti
yang dilaporkan di portal murai.com
“Seperti
saya, mereka juga sedih terutama ibu bapa saya. Kalau boleh mereka tak
mahu tengok saya dengan Raja Azmi bercerai dan mengharapkan agar kami
dapat bersatu semula.
Lagipun
kedua-dua ibu bapa saya memang amat menyenangi dan menyayangi Raja Azmi.
Tapi, oleh kerana ini (bercerai) adalah kehendak Raja Azmi sendiri,
maka mereka pun terpaksa akur dan meminta saya melepaskan Raja Azmi
secara baik.
“Dalam
waktu yang sama, mereka masih mengharapkan agar kami dapat kembali. Dan,
suatu hari, kalau ditakdirkan kami rujuk balik sebagai suami isteri,
mereka juga masih mahu menerima Raja Azmi sebagai menantu mereka,”
katanya.
Raja Azmi
mendirikan rumahtangga dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 di Laman
Beringin, Istana Budaya. Mula berkenalan pada 15 Februari tahun lalu
sewaktu menonton showcase kumpulan NRG, Raja Azmi dan Eddie kemudian
menjalinkan hubungan cinta hingga mengikat tali pertunangan pada 15
Julai tahun yang sama, diikuti dengan majlis pernikahan dan resepsi
penuh meriah yang bertemakan garden wedding.
Menurut
Raja Azmi lagi, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya
tetapi akhirnya dia terpaksa akur bahawa perceraian adalah satu-satunya
jalan yang tinggal.
Kemelut
Raja Azmi dengan Eddie bermula selepas wujudnya perselisihan faham di
antara mereka yang berpunca daripada Raja Azmi sendiri apabila keluar
dari rumah dengan tidak meminta izin suami.
Mengakui
bersalah di dalam hal ini, namun Raja Azmi akui tidak dapat menerima
cara teguran Eddie terhadap dirinya yang disifatkannya sebagai sedikit
keterlaluan serta melukai hati kecil wanitanya.
Sejak
tercetusnya perselisihan tersebut, Raja Azmi dan Eddie berpisah rumah
sejak hujung bulan Ogos yang lalu sehinggalah ke saat ini. Beberapa
perbincangan untuk memulihkan rumahtangga mereka telah dilakukan, namun
ia menemui jalan buntu.
Raja Azmi
telah pun memfailkan perceraiannya dengan Eddie di Mahkamah Syariah Hulu
Kelang dan lafaz cerai mereka bakal dilakukan di mahkamah syariah pada
petang ini.
-murai.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan