MALAYSIAKINI
MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan kaedah
pemeriksaan ke atas badan penumpang ke atas penumpang di pintu pelepasan
penerbangan.
Katanya, pemeriksaan di pintu keluar itu sepatutnya menggunakan seperti di negara maju.
Namun, Malaysia masih lagi melakukan pemeriksaan dengan tangan memeriksa badan penumpang.
"Apa ini raba-raba? Kalau orang Sabah kita panggil meramas.
"Saya gelilah kena raba-raba ini. Kalau perempuan yang raba lain sikit," kata Bung sewaktu berucap di Dewan Rakyat.
Menurutnya, polis yang melakukan pemeriksaan badan itu juga tidak mempunyai cara yang seragam apabila memeriksa penumpang.
"Berapa kos kita melatih polis ini untuk meraba-raba. Lain polis lain cara merabanya.
"Cara meraba pun lain-lain... Ada yang meraba keras, ada yang meraba lembut," katanya.
Beliau seterusnya menggesa agar syarikat Malaysian Airports Holding
Berhad (MAHB) memasang mesin pengimbas badan untuk tujuan itu.
"Saya minta MAHB belajar dari kesilapan, kesilapan ini boleh melemahkan kita pada masa depan.
"Kalau negara lain boleh beli mesin pengimbas badan, tapi tempat kita domestik pun tiada.
"Saya gelilah kena raba-raba ini. Raba sana raba sini lama-lama naik nafsu syahwat.
"Jadi yang dipertua, belilah mesin pengimbas, mesin untuk periksalah," katanya lagi.
Bung menghentikan ucapannya apabila Speaker Dewan, Datuk Ismail Mohamed Said mencelah ucapannya.
"Yang Berhormat (Kinabatangan), yang meraba-raba ini minta cepat sedikit," kata Ismail kepada Bung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan