Isnin, 17 November 2014

Bila Johor mahu ikuti Selangor dan P.Pinang iktiraf pembangkang?

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Kerajaan Johor perlu mengikuti langkah Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang mengiktiraf kedudukan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN).

ADUN Tangkak, Ee Chin Li berkata Kerajaan Johor patut mengikuti jejak Kerajaan Pakatan Pulau Pinang yang membuat keputusan memberi peruntukan tahunan kepada ADUN dari BN di negeri itu.

dewan-dun-selangorEe membangkitkan perkara itu dalam teks ucapan perbahasan Bajet Negeri Johor 2015 semalam.

Katanya, Kerajaan Selangor mengiktiraf kedudukan jawatan Ketua Pembangkang yang disandang wakil Umno di DUN Selangor, dengan pelaksanaan Enakmen Ketua Pembangkang Negeri Selangor.

“Ketua Pembangkang Selangor menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun lain seperti seorang Exco negeri,” katanya dipetik Malaysiakini.

Selain itu, tegas Ee lagi, Kerajaan Pulau Pinang turut membuat keputusan memberi peruntukan tahunan kepada ADUN daripada parti Barisan Nasional.

“Bilakah Kerajaan negeri Johor yang selalu berbangga dengan mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri yang pertama di Malaysia dan juga menjadi sebagai model bagi perlembagaan negeri masing-masing hendak mengikut tindakan demikian,” soalnya.EZY

Tiada ulasan: