Beginilah keadaan di kawasan sekitar UMT setelah air naik mendadak sekitar jam 1 pagi semalam.
KUALA
TERENGGANU - Keadaan banjir di negeri ini masih terkawal dan belum
masanya untuk kerajaan mengisytiharkan darurat, walaupun banjir
bertambah buruk dan merebak ke lima daerah iaitu Kuala Terengganu,
Marang, Dungun, Setiu dan Besut.Sehingga petang semalam, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada lebih 4,000 orang dan daerah yang terjejas teruk ialah Kuala Terengganu Utara iaitu di Kuala Nerus.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana negeri berkata, kerajaan negeri membuat persiapan rapi dan jentera bantuan dan agensi terlibat berusaha keras memastikan perjalanan bantuan lancar.
“Jika keadaan bertambah buruk, kita akan dapatkan bantuan tentera.
"Sekarang ini, keperluan masih belum mendesak sebab situasi yang berlaku kini adalah apabila hujan reda, air pun surut kerana ia lebih kepada air tidak dapat mengalir, seperti yang berlaku di Chendering iaitu di Kampung Aur.
“Cuma apa yang saya bimbang jika air sungai dan berlaku air pasang, banjir mungkin melarat. Mengikut jangkaan dan kaji cuaca, hari ini (semalam) sepatutnya hujan sudah berhenti tetapi kita tidak tahu lagi keadaannya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan