PUTRAJAYA: Bahan terlarang jenis dexamethasone yang didapati dalam
sampel pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei diberikan
oleh sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur dan bukan Institut Sukan
Negara (ISN), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, klinik berkenaan adalah klinik rujukan ISN dan mempunyai kepakaran dalam perubatan sukan.
Khairy berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Karnival
Genexter 2014 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan