Kenyataan Azmin yang ditulis dalam laman Twitter miliknya. Kenyataan Azmin yang ditulis dalam laman Twitter miliknya.
 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membuat tindakan berani apabila memberikan nombor telefon peribadinya kepada orang awam dan meminta supaya penduduk menghubungi beliau jika terlihat sampah yang belum dikutip.

“Kalau anda  nampak ada sampah belum kutip, anda ‘text’ saya. Ini nombor saya, 012-2052020. Saya mahu Selangor bersih!” demikian katanya menerusi laman sosial Twitter, kelmarin.

Hingga kini, kenyataan Azmin itu mendapat sokongan ramai pengikutnya di Twitter dan ternyata usaha beliau mendapat respons positif.

Kenyataan beliau juga berjaya menerima lebih 900 ‘retweets’ dan lebih 200 ‘favourites’.

Sebelum ini, Azmin memberi masa tiga bulan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) membersihkan sampah-sarap di kawasan Selangor.

“Saya telah arahkan semua PBT termasuklah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), saya beri mereka tiga bulan sehingga Disember 2014. Saya mahu semua sampah ini dikutip dan diselesaikan.

“Saya mahu Petaling Jaya menjadi daerah yang paling bersih di negeri Selangor,” katanya.