Rabu, 5 November 2014

Ayuh turun Putrajaya esok solidariti untuk Anwar

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Penyokong dan orang ramai dialu-alukan turun ke Istana Kehakiman di Putrajaya esok bagi mengikuti keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II yang dijangka bakal diketahui petang esok.

Rakyat Hakim NegaraPerbicaraan kes itu pada hari keenam semalam ditangguhkan dan akan bersambung semula esok.

Semalam, pendakwa, Tan Sri Shafee Abdullah mengalihkan serangan kepada doktor Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid yang merupakan individu awal memeriksa dan mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Shafee juga tidak menjawab langsung fakta penting bagi membuktikan Anwar bersalah dalam kes itu.

Bilik bicara Mahkamah Persekutuan bertukar gamat apabila Shafee mengemukakan hujah-hujah yang kelakar.

Antaranya, berkaitan jeli KY yang digunakan Saiful untuk melindungi dirinya, mendakwa DNA adalah milik Dr Osman, dan DNA orang ketiga yang terdapat pada Saiful mungkin diperolehi daripada aktiviti di mangkuk tandas.

Beliau juga turut ditegur Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria kerana mengemukakan hujah berpandu artikel internet.

Esok pagi, pasukan peguambela akan membalas hujah pendakwa sebelum keputusan ditentukan.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya Anwar disabitkan dengan tuduhan itu.

Tiada ulasan: