Selasa, 11 November 2014

1MDB gagal bayar hutang RM317 juta, bukti kewangan nazak

1mdb feat

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kini membayar pembeilan tanah bernilai RM317.3 juta meskipun beberapa kali diberi tempoh lanjutan, membuktikan syarikat itu menghadapi masalah kewangan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, 1MDB baru-baru ini sekali lagi terlepas tarikh akhir ketiga untuk membayar pembelian tanah kepada Tadmax Resources Bhd.

“Selepas membayar deposit 10 peratus pada Februari 2014, 1MDB tidak mampu membayar baki transaksi, walaupun lanjutan tarikh akhir dibuat dari 20 Ogos hingga 30 September kepada 10 Oktober dan terakhir 31 Oktober,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian merujuk dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan bahawa 1MDB tidak pernah gagal memenuhi obligasi jadual pembiayaan kewangannnya.

Kata Ahmad Maslan, kedudukan kewangan 1MDB juga tetap kukuh.

“Apa yang gagal dinyatakan termasuk keengganan menjawab soalan saya adalah hakikat bahawa 1MDB terdesak hingga terpaksa melanjutkan, menyusun dan membiayai semula hutang RM6.17 bilion sebanyak dua kali tahun lalu,” ujarnya.

Menurut Pua, hutang IMDB jelas dinyatakan melalui Penyata Kewangan 2014 yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat minggu lalu.

“1MDB memohon menambah tempoh pembayaran pinjaman RM6.17 bilion kepada enam bulan dari tarikh asal iaitu pada 22 November tahun lalu, dan hanya membayar sebanyak RM670 juta sehingga Mei tahun ini.

“Kesukaran 1MDB membayar semula pinjamannya membuktikan bahawa syarikat itu menghadapi masalah kewangan, dan merupakan sebab mengapa kerajaan menganugerahkan kontrak berbilion ringgit kepada mereka,” kata Pua. -Roketkini.com

Tiada ulasan: