MALAYSIAKINI
Sekumpulan lebih 50 orang pelajar Universiti Malaya mula berhimpun
seawal jam 9 pagi ini bagi menyatakan solidariti bersama lapan rakan
mereka yang dihadapkan ke lembaga tatatertib universiti.
Kumpulan siswa berkenaan sebelum itu berarak dari perhentian bas utama,
UM Sentral ke Kompleks Perdanasiswa dengan memakai riben berwarna biru.
Lapan orang rakan mereka, termasuk aktivis siswa Fahmi Zainol, berdepan
dengan tindakan disingkir daripada universiti kerana menyertai
perhimpunan yang dianggap haram bersama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim, 27 Oktober lalu.
Tujuh individu – empat orang ahli akademik dan tiga orang siswa –
mewakili tujuh daripada siswa berkenaan, manakala seorang lagi, Abraham
Au, mewakili dirinya sendiri hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan