Khamis, 13 Mac 2014

Tiada Bukti Imej Satelit Itu MH370 - DCA China


alt
 
RAKYATNEWS
 
 
BEIJING - Ketua Jabatan Penerbangan Awam (DCA) China berkata, tiada sebarang bukti bahawa objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan mempunyai kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. 
 
"Satelit China mengesan asap dan objek terapung...Ketika ini kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu," katanya Li Jiaxiang ketika ditemui selepas mesyuarat Parlimen negara itu hari ini.

Tiada ulasan: