Isnin, 3 Mac 2014

Syabas, mana air kami?



Oleh YUNUS TAIB 


SEPERTI ramai orang sedia maklum, musim panas beberapa minggu lalu menyebabkan paras air empangan khususnya di Selangor susut dan mengganggu bekalan di beberapa kawasan.

Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah negara kita berstatus “hujan sepanjang tahun” tetapi berlaku krisis terputus bekalan air. Negara kita bukan terletak di tengah padang pasir yang amat terhad sumber airnya.

Negara kita ada banyak sungai, tasik, air bawah tanah dan air hujan.

Selaku syarikat swasta tunggal yang menguruskan air di Selangor, apakah yang Syabas lakukan?

Syabas sepatutnya mempu nyai pelan kecemasan yang benarbenar praktikal untuk mendepani masalah ini. Selain menghantar air menggunakan lori, Syabas boleh menggunakan sumber air bawah tanah. Cara lain, bolehlah Syabas upah pakar untuk fikirkan.

Syabas tidak perlu mencipta air. Yang mereka perlukan ialah menguruskan air yang sumbernya begitu melimpah ruah. Takkanlah itu pun tak boleh.

Jika di Arab Saudi yang terletak di kawasan padang pasir tidak pernah mengalami masalah air ketika jutaan orang mengerjakan haji ataupun umrah, bagaimana Syabas menguruskan air di Selangor sehingga ada kawasan yang sudah berminggu-minggu terputus bekalan air?

Sudahlah air yang banyak tidak terurus, harganya mahal pula.

Kami sebagai rakyat tidak rela membayar harga air yang mahal semata-mata untuk membayar gaji pengerusinya yang dikatakan hampir setengah juta ringgit.

Jika tidak mampu, serahkan kepada orang lain. –

Tiada ulasan: