Jumaat, 14 Mac 2014

Risalah burukkan Wan Azizah, PKR Selangor lapor polis

Oleh : NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM : Satu laporan polis dibuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Balai Polis Kajang pada jam 3 petang tadi ekoran penyebaran risalah memburukkan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Laporan polis itu dibuat Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei bersama Bekas calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar.

Laporan polis itu juga dilakukan ekoran penyebaran risalah itu adalah kesalahan pilihanraya 1954.

suhaimie shafie-1Shuhaimi dalam sidang medianya pagi tadi memberitahu penyebaran risalah memburukkan Calon DUN Kajang itu mula diedarkan di sekitar negeri.

Risalah yang antaranya bertajuk “10 Sebab Mengapa Perlu Tolak Wan Azizah” dan “Fitnah SPR Pakatan Burukkan Daftar Pemilih” didakwa dilakukan oleh Barisan Nasional untuk memfitnah.

“Ia jelas bahan memfitnah, memberi fakta yang salah dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (11)(1c).

“Sesiapa yang bersalah akan dikenakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara tidak lebih setahun,” katanya.-NFN

Tiada ulasan: