MSTAR ONLINE
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan menyekat Saifuddin yang tiba di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 11 pagi Selasa adalah diluar sistem demokrasi.
Menurutnya, Saifuddin tiba di Sibu untuk membantu jentera PKR berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian.
"Sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mac untuk menyekat beliau daripada memasuki Sarawak.
"Oleh itu, Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu, Fahmi memberitahu, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik tersebut.
"Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) masih berleluasa walaupun ketua menteri sudah bertukar ganti dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di negeri Sarawak," dakwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan