Radhi Razak
MUKAH - Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri
Balingian, yang kosong berikutan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib
Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari, dijangka
menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PR.
Perjalanan pilihan raya kecil ini akan bermula esok dengan proses penamaan calon bagi mereka yang akan bertanding di kawasan majoriti suku kaum Melanau itu.
Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata tempoh penamaan calon adalah dari pukul 9 hingga 10 pagi dan calon yang ingin mengemukakan borang pencalonan dinasihati membawa bersama wang pertaruhan RM5,000, seorang pencadang dan seorang penyokong.
"Kami menjangka semua urusan esok berjalan lancar dan berharap calon yang akan bertanding bagi kerusi ini dapat diumumkan sejurus selepas berakhirnya tempoh penamaan calon," katanya kepada Bernama hari ini.
Takun berkata para penyokong calon dinasihati mematuhi arahan polis bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Menteri Tugas-tugas Khas negeri Tan Sri Adenan Satem telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima bagi menggantikan Abdul Taib.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bekas Pegawai Daerah Dalat Yossibnosh Balo, 47 sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.
BN bakal bersaing dengan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengumumkan bekas calon yang tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Negeri 2011, Abdul Jalil Bujang mewakili parti itu.
Dalam pilihan raya negeri 2011, Abdul Taib mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan Suriati Abdullah (PR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi.
Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu merupakan kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan