Ahad, 9 Mac 2014

Penumpang Austria dan Itali tiada dalam pesawat MH370

THE MALAYSIAN  INSIDER


























Seorang warganegara Austria yang dilaporkan sebagai salah satu penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih di rumahnya akibat pasportnya dicuri, kata jurucakap kementerian luar di Vienna hari ini.

"Kedutaan kami menerima maklumat daripada Malaysia Airlines bahawa terdapat seorang Austria di pesawat tersebut.

“Sistem kami menunjukkan bahawa pasportnya dicuri," katanya, sebagaimana dilapor oleh Reuters.
Katanya pasport itu dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Kementerian Luar Itali juga berkata tiada warganegaranya menaiki pesawat MH370 walaupun senarai MAS mengandungi nama Luigi Maraldi, 37.

Akhbar Corriere Della Sera melaporkan pasport Maraldi dicuri di Thailand Ogos lalu.
Kementerian Dalam Negeri Itali tidak memberi komen berhubung laporan tersebut

Tiada ulasan: