Sabtu, 8 Mac 2014

Pas bersama Anwar hingga kezaliman runtuh – Hadi Awang

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang tergesa-tergesa menjatuhkan hukum bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi berkata Pas dan rakyat bertegas bahawa keadilan mesti ditegakkan dengan telus dan bermaruah serta dilihat ditegakkan dengan teliti, cermat dan adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas.

hadi awang ketika berucap di konvensyen pr ke 2 (2)“Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa.

“Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiar Malaysiakini.

Beliau juga berkata Pas berkongsi kekecewaan itu dengan anggota keluarga Anwar terutama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah  dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini.

“Pas akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli KEADILAN, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan,” katanya.

Tiada ulasan: