KELAB GREENBOC
Ya, juruterbang ahli PKR, tapi jangan spekulasi'
PKR mengaku juruterbang MH 370 merupakan ahli parti itu tetapi meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengaitkan mereka dengan kehilangan penerbangan tersebut.
Ketua PKR Cabang Subang Sivarasa Rasiah berkata beliau menang mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah (kiri) sejak beliau menyertai parti tersebut 23 Januari tahun lalu.
Bagaimanapun, tambahnya, tidak adil sekiranya pihak media mengaitkan perkara itu dengan parti kerana ia “tidak relevan”.
Sivarasa merujuk kepada laporan akhbar tabloid Uniter Kingdom Daily Mail semalam yang membuat spekulasi bahawa Zaharie seorang 'fanatik politik' dan 'aktivis sosial yang lantang'
"Media tidak sepatutnya membuat sebarang spekulasi.
"Akhbar Daily Mail ialah sebuah tabloid, mereka langsung tidak merujuk mana-mana sumber," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Menurut Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang, akhbar tabloid itu mengaitkan Zaharie dengan mengetengahkan dua spekulasi yang tidak disahkan sebagai fakta.
Pertama, akhbar itu mendakwa Zaharie hadir ke keputusan kes liwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum menerbangkan pesawat.
Dan kedua, beliau dilapor lantang bersuara hal-hal sosial walaupun tiada sebarang bukti menunjukkannya.
"Beliau (Zaharie) seperti sejuta ahli parti politik di luar sana.
"Dua fakta itu digunakan untuk panggil beliau 'political fanatic'. Kesimpulan tak boleh dibuat kerana fakta yang tidak terbukti," kata Sivarasa.
Sivarasa turut berkata Zaharie seorang yang disenangi dan baik malah membantu cabang Subang ketika kempen pilihan raya umum dan terlibat dalam acara sosial anjuran cabang berkenaan.
Beliau berkata hanya mengetahui Zaharie merupakan juruterbang pesawat malang itu pada hari Ahad minggu lalu dan ada menghubungi keluarga Zaharie untuk menyampaikan kata-kata semangat.
"Jika pihak polis mahu berjumpa saya untuk bertanya latar belakang beliau (Zaharie) saya sedia membantu tapi ini bukan soal parti," kata beliau.
Tian Chua: Polemik tuding jari
Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua berkata PKR tidak mahu parti terheret dalam polemik dan menuding jari yang dianggap tidak membawa kes ini ke mana-mana.
Beliau berkata tumpuan harus diberikan dalam usaha mencari MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu itu.
"Setakat ini kita harapkan semua pihak terutamanya media dan pihak parti-parti dalam parti pemerintah untuk menghormati keluarga dan penumpang MH370.
"Jangan membuat terlalu banyak andaian yang ini akan menjejaskan siasatan dan juga menyinggung perasaan ahli keluarga, bagi kami kita tidak mahu termasuk dalam polemik siapa yang salah dan siapa yang patut bertangggungjawab," kata beliau. -mk
Kapten Zaharie di Panggil Tergesa-gesa Untuk Menerbangkan Pesawat MAS MH370 Dari KL ke Bejing
Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.
Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?
Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?
Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?
Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa?
Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?
Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.
Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.
Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?
Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.
Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.
Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.
Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. Lagi perkembangan lanjut menyusul.
Tulisan Zulimran Nasution Abdullah Omar
ULASAN GB
Tiba-tiba hari ini Malaysia seperti terlalu percaya kepada media barat. Mengapa tiba-tiba muncul teori dan spekulasi yang mengesyaki Kapten Zaharie yang "merampas" pesawat dari media barat kebetulan pula sehari selepas Najib membuat pengumuman mengenai tumpuan siasatan kini kepada kru pesawat.
Dikaitkan kononnya Zahari sebagai "fanatik politik" dan menyokong Anwar.
Yang anehnya siapa pula memberi maklumat mengenai Zaharie kepada akhbar tabloid Daily Mail berkenaan sehingga mereka lebih tahu daripada rakyat Malaysia sendiri mengenai kehidupan Zaharie dengan begitu terperinci?
Dan kisah Zaharie dipanggil tergesa-gesa untuk menerbangkan pesawat MH370 amat menarik perhatian, perkataan tergesa-gesa itu seperti kita pernah terdengar tentang tergesa-gesanya hakim mahkamah mahu mneruskan pendengaran rayuan Kerajaan terhadap kes liwat tempohari....Konotasinya macam hampir serupa, betul tak? Dan kita pernah mendengar pengakuan kerajaan mengupah dan membayar APCO sebagai konsultan...
Semacam ada okestra sayup-sayup kedengaran.... Wallahu 'alam.
Selepas Kapten Zaharie dengan tergesa-gesa disuruh bawa pesawat, sekarang Kapten itu yang dihempuknya lagi... entah masih hidup atau pun sudah mati... hanya Allah jua Yang maha Mengetahui...
Nampaknya Anwar terus dan akan terus diserang lagi, sama macam kes di Lahad Datu dulu. Tiba-tiba saja Anwar dijadikan "mangsa" kononnya ada hubungan dengan Sultan Sulu ketika itu. Lepas pilihanraya, semuanya membisu dan membatu...
Penjarakanlah Anwar, wahai Najib jika takut sangat dengannya.... dan nanti rakyat tahu untuk membuat keputusannya... seperti dulu. Anwar akan kembali semula membawa obor bersama rakyat dengan lebih semarak selepas itu. Itu hukum kebenaran dan keadilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan