Khamis, 6 Mac 2014

Kerajaan Malaysia Bayar BR1M 3.0 2014 RM4.5 Bilion Tidak Efektif. Mahathir & Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan!



br1m dihentikan


Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan : Bila mula kedengaran BR1M iaitu versi BR1M 1.0? Ia mula dilakukan ketika pembentangan bajet 2012 ketika negara sedang dalam “mood” dan bahang menhadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Lantas, pemerhati politik melihatkan BR1M ini sebagai “gula-gula politik” untuk mendapatkan mata tambahan daripada rakyat Malaysia (CONTOHNYA DI SINI) yang dilihatkan mampu diterjemahkan kepada undi dalam Pilihanraya Umum ke13 terutamanya kepada golongan yang tinggal di kawasan kampung, FELDA dan pedalaman Malaysia. Itu kata mereka……

Hari ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad sekali menemplak cara Najib Razak menguruskan kewangan negara dan merasakan pembayaran BR1M sangat tidak efisien & bakal membebankan kewangan Malaysia. Hujahnya?

Tun Mahathir Mohamad : BR1M Beban Negara!!

br1m dihentikan
  • Kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M diteruskan.
  • Pemberian antara RM300 hingga RM650 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM4.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion. (SEPERTI YANG DIJANJIKAN DI SINI)
  • RM4.5 bilion satu jumlah yang sangat banyak, apatah lagi RM8.4 bilion kelak. Masalahnya masih ramai lagi orang miskin di negara Malaysia.
  • Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat jikalau kena caranya
  • Sepatutnya kerajaan perlu cari jalan & sebab mengapa rakyat Malaysia menolak kerajaan. Pemberian BR1M sama sekali tidak akan mengubah pendirian rakyat dan mampu diterjemahkan sokongan kepada kerajaan
Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa kalau mahu berbincang isu subsidi ini mesti ada disiplin ekonomi yang tinggi. Dan Berita Semasa ada melakukan pengiraan secara kasar mengenai pembayaran BR1M ini di mana :
  • Kerajaan mengatakan 7 juta isi rumah termasuk bujang telah menerima BR1M
  • Secara puratanya, 3 orang untuk setiap isi rumah
  • Untuk tahun ini, 30 juta jumlah rakyat Malaysia berjaya dicatatkan
  • 3 x 7juta = 21 juta orang telah terkesan dengan pemberian tidak kira samada banyak atau sedikit kesannya terhadap setiap isi rumah yang ada
  • 30 juta – 21juta = 9 juta rakyat Malaysia tidak menikmati BR1M
  • 1% golongan taikun kaya, VVIP, golongan kaya = Mewakili 3 juta daripada seluruh populasi di Malaysia
  • Bermakana 6juta yang tidak menikmati BR1M
  • 17 ribu yang menolak BR1M 3.0 = 5.083 juta
  • Sekitar jumlah 5 juta orang ini sebenarnya mewakili 12% daripada populasi rakyat Malaysia yang dahulunya dapat dan menikmati subsidi minyak, gula (PENGUMUMANNYA DI SINI) dan sebagainya yang telah ditarik sedikit demi sedikit atas nama rasionalisasi subsidi.
  • Tetapi disebabkan BR1M, ramai yang tidak BR1M apatah lagi subsidi minyak yang telah ditarik nilainya dan subsidi gula yang telah pun dihapuskan subsidinya
  • Hasilnya, kelompok yang 12% ini apa yang mereka perolehi? Kenaikan kos sara hidup yang menghimpit dan dalam pada masa yang sama mereka yang membayar cukai kepada negara, tidak mendapat apa-apa sebagai “pulangannya”
  • Oleh itu, Berita Semasa ingin bertanya kepada pihak kerajaan di mana pembelaan untuk kumpulan 12% rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara sedangkan hak mereka dinafikan ketika ini?
Tidak cukup dengan itu, Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Fatimah Kari tampil dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan terhadap rasionalisasi subsidi tenaga oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2014. Hasilnya?

Dr. Fatimah Kari & Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya Mahu BR1M Dihentikan!

Banyak yang negatif daripada posif pembayaran BR1M ini antaranya ialah :
  1. Pemberian BR1M harus dihentikan segera kerana tidak efektif untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam jangka waktu yang panjang
  2. Sebaliknya selepas BR1M dihentikan dan digantikan segera dengan bantuan bersifat perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah seperti akses kepada perlindungan insurans, perubatan dan pendidikan.
  3. Pemberian BR1M secara berterusan juga tidak menyokong Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  4. Mencipta peluang pekerjaan supaya mereka boleh mendapat pendapatan tambahan yang berterusan berbanding membelanjakan RM4.5 bilion untuk pembayaran BR1M ini
  5. Buka peluang & beri galakan kepada golongan miskin untuk menceburi bidang keusahawanan untuk menjana lebih banyak pendapatan serta keluar daripada kemiskinan berbanding membelanjakan RM4.5 bilion untuk pembayaran BR1M ini
  6. Rasionalisasi subsidi telah menyebabkan berlaku peningkatan paras kemiskinan diklanagan rakyat Malaysia & inflasi terus melonjak tinggi (BERITANYA SINI)
P/S : Sayang seribu kali sayang, Pusat Pungut Zakat (PPZ) acapkali bermegah dengan kutipan zakat yang berjumlah berbilion-bilion setiap tahun. Malangnya, ramai golongan yang layak masih dibiarkan tanpa bantuan setiap tahun. Takut “tersalah beri bantuan katanya”, tetapi Pusat Zakat tersalah guna tidak mengapa?

PP/S : Sepatutnya, Malaysia perlu perkasakan Pusat Zakat & Jabatan Kebajikan Masyarakat…
PPP?S : Anda bersetuju BR1M dihentikan?

Tiada ulasan: