Selasa, 4 Mac 2014

Jerebu: Lembah Klang diisytihar 'tidak sihat'

MALAYSIAKINI






Hampir keseluruhan kawasan di Lembah Klang diisytihar sebagai kawasan tidak sihat ekoran jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera yang menyelubungi kawasan di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Alam Sekitar dalam kenyataan jam 6 pagi ini menyatakan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah paras tidak sihat di Pelabuhan Klang (137), Banting (130), Shah Alam (125), Petaling Jaya (123), Kuala Selangor (110) – kesemuanya di Selangor – dan Batu Muda (112) di Kuala Lumpur serta Nilai (108) di Negeri Sembilan.

Menurut jabatan tersebut, bacaan API antara 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (amat tidak sihat); lebih 301 (berbahaya kepada kesihatan).

Tiada ulasan: