NEW DELHI - India menangguhkan usaha mencari dan menyelamat (SAR)
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dengan aset operasinya
diletak dalam keadaan bersiap sedia.
"Pihak berkuasa Malaysia kini memberi petunjuk bahawa berdasarkan siasatan, operasi mencari telah memasuki fasa baharu dan strategi pencarian seterusnya sedang dirangka," menurut Kementerian Pertahanan India dalam satu kenyataan hari ini.
India menggunakan enam pesawat, enam kapal dan helikopter untuk mencari pesawat MH370 yang hilang sejak sembilan hari lalu, di sekitar Laut Andaman dan Teluk Benggala.
Aset tambahan tentera laut diletak dalam keadaan bersiap siaga.
Tentera laut yang mengetuai operasi terus mengekalkan koordinasi dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pusat Operasi Maritim di New Delhi yang beroperasi 24 jam.
"Setakat ini tiada pengesanan dilapor oleh unit yang dikerah untuk mencari di pelbagai kawasan yang ditentukan," kata kementerin itu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan