Sabtu, 8 Mac 2014

Hukuman ke atas Anwar berperikemanusiaan, kata Ibrahim Ali

OLEH MD IZWAN


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan hukuman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berperikemanusiaan. – Gambar fail.Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan hukuman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berperikemanusiaan. – Gambar fail.



























Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa menyifatkan hukuman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berperikemanusiaan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar adalah ringan berbanding hukuman maksimum yang sepatutnya dikenakan ke atas ketua umum PKR tersebut.

"Anwar bernasib baik, hakim terlalu berperikemanusiaan.

"Apabila Anwar didapati bersalah, hukumannya lima tahun penjara sahaja manakala had hukuman sampai 20 tahun dan sebatan," kata Ibrahim dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Anwar semalam dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana didapati bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim dalam kes itu menerima permohonan Anwar untuk penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000.

Ibrahim yang juga pernah ditahan bersama Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974 berkata ketua umum PKR itu bukan pemimpin luar biasa dan menggesa rakyat pandang ke depan.

"Saya adalah rakan setahanan Anwar di kem tahanan Kemunting, Taiping 1974-1976 (1976) merayu agar rakyat Malaysia pandang ke depan demi masa depan rakyat dan negara.

"Individu tidak penting, yang hidup pun akan mati," kata beliau.

Ibrahim menganggap Anwar sebagai tragedi kepada negara.

"Beliau adalah 'tragedi' kepada Malaysia. Ramai orang susah kerana beliau bukan memberi kesenangan."

Anwar dituduh meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tiada ulasan: