Sabtu, 1 Mac 2014

BN Pilih Calon Paling Sesuai Bagi Pilihan Raya Kecil Dun Balingan - Najib

 MSTAR ONLINE


Najib Tun Razak (kanan) berbincang bersama Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, Jumaat. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, dua, kiri).
 
 
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan akan memilih calon paling sesuai untuk bertanding di kawasan tersebut, kata PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedang tunggu tarikh pilihan raya yang akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta BN Sarawak akan sediakan calon yang paling sesuai untuk kawasan tersebut," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin tertinggi parti komponen BN.

Kerusi DUN Balingian yang disandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak,Jumaat.

Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengangkat sumpahsebagai Ketua Menteri Sarawak kelima bagi menggantikan Taib.

Najib berkata Adenan dilantik menjadi Pengerusi BN Sarawak atas kapasitinyasebagai ketua menteri baharu.

Mengenai pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac depan, Najib berkata segalapersiapan berjalan lancar dan jentera parti amat komited untuk memberi sokonganpadu kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Kita lihat bahawa sambutan adalah menggalakkan walaupun kita tidak nafikanbahawa BN akan menerima tentangan yang hebat daripada calon (pembangkang) yangakan bertanding.

"Tetapi kita tahu bahawa calon kita ini seorang yang disenangi masyarakattempatan dan mempunyai track record yang baik, mempunyai pendirian yang tegasserta seorang yang mahu memberi khidmat bakti kepada pengundi di DUN Kajang,"katanya.

Pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.

Najib berkata BN juga menyelaraskan strategi antara parti komponennya, selain mengatur pelbagai program bagi memperoleh keputusan terbaik pada pilihanraya kecil itu.

Mesyuarat itu turut bersetuju untuk menerima Persatuan India Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia sebagai anggota gabungan BN, katanya.-BERNAMA

Tiada ulasan: