Lepas diangkat jadi Pengurusi YADIM dia pun diangkat ahli Majlis Tertinggi Umno. Dia pun ke England jumpa pelajar dan beri isyarat akan adakan program untuk pelajar-pelajar kita di luar negara.
Mengadakan dakwah untuk pelajar adalah baik tetapi Dr Asyraf Wajidi Dasuki jangan jadikan program dakwah itu bagi menjadikan mereka Umno seramai-ramainya.
Cukuplah kerja mengUmnokan seramai-ramainya dibuat oleh Biro Tata Negara dengan kerjasama dengan kedutaan di setiap negara itu. Yayasan Dakwah buat program dakwah untuk semua supaya masing-masing dapat didekatkan dengan akhlak Islam.
Biar kerja mengepung pelajar Islam di perantuan itu dijaga oleh Khairy Jamaluddin sebagai sifatnya Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Menteri Belia dan Sukan. Biar dia guna peruntukan kementeriannya bagi menyambung spesies Umno dalam kalangan anak muda itu.
Jika YADIM pula buat kerja yang sama, maka banyak sangat pihak yang membuat kerja yang sama dan akhirnya nanti YADIM hilang fokus tentang tujuan ia dibentuk. Boleh buat kerja sambilan tetapi jangan nanti dilihat YADIM sama seperti BTN atau cawangan BTN sebagai pusat sumber menyebarkan perkauman.
Yayasan Dakwah sepatutnya bekerja untuk mendekat sekalian rakyat majmuk kepada Islam dengan menyampaikan seruan Islam kepada mereka. Jika tidak, semua rakyat dapat menerima Islam biarlah majoritinya berfikiran Islam.
Seperti Buddha, Hindu dan Islam sendiri dengan pesatnya penyebaran ajaran Nasara, sekalipun tidak semua menukar agama, ramai yang kekal dengan agama Islam tetapi mereka berfikiran barat. Fikiran barat adalah adunan fikiran Kristian dan Yahudi. Ramai orang Islam mendirikan masjid dan mendirikan solat tetapi berfikiran barat. Mereka menolak syariat sekali pun ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Jika orang Buddha dan Hindu boleh kekal Buddha dan Hindu berfikiran Kristian-Yahudi, apa susahnya kekal dengan agama masing-masing tetapi berfikiran Islam. Apabila ia berfikiran Islam, maka sudah dekat hatinya dengan Islam. Seorang Hindu berfikiran Islam hatinya dekat dengan hati orang Islam yang berfikiran Islam. Tetapi Islam yang tidak berfikiran Islam hatinya jauh dari saudara Islamnya yang berfikiran Islam.
Mana orang Islam yang tidak berfikiran Islam? Itulah sekular, lilberalisma, pluralisma dan lain-lain.
Kerja Islam jadi susah kerana adanya orang Islam seperti ini. Yayasan Dakwah yang ditubuhkan lepas 13 Mei dulu, bukan saja tidak berjaya mendekat Islam kepada masyarakat majmuk, malah yang dulunya libralisma dan pluralisma yang tidak diketahui dulu menjadi percambahan fikiran sekarang.
Ini tanda Yayasan Dakwah tidak berkesan. Penganut agama lain adalah sangat jauh dengan Islam. Banyak masalah menyampaikan dakwah walaupun ia bukan tidak dapat dibuat. Sebagai badan yang dekat dengan kerajaan, ia dekat dengan Umno. Ia tidak dipeduli Yayasan Dakwah selama ini. Maka anak Dasuki ini patut jangan biarkan Umno jauh dari fikiran Islam.
Sasaran pertamanya, sebarkan fikiran Islam seluas-luasnya dalam kalangan ahli dan pengikut Umno supaya tiada lagi yang berfikiran sekular barat yang ditunjangi oleh pemikiran Yahudi-Nasrani.
Selain ia sepatutnya menyelaraskan segara NGO dakwah yang benyak, adakan penyatuan fikrah dan bertindak sejalan, ia mesti ada dasar bagi mengisi kementerian pelajaran dengan pengisian dakwah. Biar dalam kementerian itu ada pengarah dakwahnya, supaya karikulum dan pelajaran yang disampaikan mengandungi misi dakwah.
Bahkan setiap jabatan ada pegawai dakwah yang kerjanya bukan sekadar menyampai kuliah tengah hari tetapi memikirkan dasar dakwah yang perlu ditetap dan dipantau.
Semua pengatur dakwah di jabatan kerajaan dan badan swasta berpusat sumbar dari Yayasan Dakwah. Sebelum mengepung anak muda menjadi Umno, pastikan dakwah itu berjaya dalam Umno dulu. Jika tidak, anak Dasuki tidak lebih dari seorng makan gaji seperti Jamil Khir dan Abdullah Zain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan