Selasa, 11 Mac 2014

Anwar Ibrahim dan masa depan Pakatan Rakyat


Oleh HARIS ZALKAPLI 


KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan pada petang Jumaat, 7 Mac lalu menjadi gerak terbaru yang menghambat “langkah Kajang” yang dicaturkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Selepas isu memorandum persefahaman air Selangor, keputusan yang kelihatan tergesa-gesa Jumaat lalu di Mahkamah Rayuan memaksa Anwar, KeADILan dan seluruh Pakatan Rakyat memikirkan pelan B menghadapi pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Pakatan terpaksa memikirkan perancangan baharu menghadapi PRK yang agak kurang disepakati dalam kalangan komponen Pakatan itu, terutama melibatkan calon dan mesej yang ingin disampaikan kepada pengundi.

Bagi Barisan Nasional, peluang merampas kembali Kajang mungkin bertambah baik, kerana sebab utamanya bagi Pakatan telah terkeluar daripada perkiraan, dan pelan B tidak akan memberi kesan yang sama.

Masa Mahkamah Rayuan membuat keputusan dan juga kes Nurul Izzah Anwar, menunjukkan tanda-tanda perancangan yang rapi dalam melaksanakan manuver yang mengejutkan ini, walaupun sebenarnya boleh dijangka ke rana sukar untuk menerima yang semua ini berlaku secara kebetulan.

Bagi Pakatan, yang berkonvensyen pada hari selepas keputusan Mahkamah Rayuan, perkemba ngan ini menjadi ujian terbaru gabungan yang telah mencapai keputusan agak cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Seperti yang berlaku pada 1998, Anwar telah menjadi satu punca kebangkitan yang membuka mata ramai rakyat, yang kesannya dirasai dan dinikmati oleh Pakatan pada masa ini.

Apa yang berlaku pada kali ini boleh menjadi pencetus kepada satu lonjakan baharu, melibatkan membangkitkan kesedaran, merapatkan barisan dan kerjasama, perancangan masa depan dan sebagainya.

Pakatan kini perlu memikirkan masa depannya dengan peranan Anwar yang semakin mengecil, atau mungkin juga terus tiada langsung, sekiranya rayuan sete rusnya tidak berjaya.

Hal ini penting kerana walaupun dengan adanya Anwar, keperluan untuk membina dan menyediakan dengan serius barisan kepimpinan masa depan sentiasa penting.

Pakatan yang menunjukkan wajah lebih inklusif perlu memikirkan dengan serius transisi kepada barisan kepimpinan yang mampu membawa Pakatan ke hadapan, mengatasi cabarancabaran dalaman dan sesama parti komponen.

Anwar dalam Pakatan berperanan sebagai penyatu, tetapi sebahagian besarnya melibatkan kompromi dan banyak isu-isu terpendam yang dibiarkan terus terpendam tanpa ditangani dengan berani.

Kepimpinan baharu yang lebih muda wajar lebih berani menangani isu-isu sukar termasuk asas-asas kenegaraan yang bakal menjadi faktor tunggal yang menjamin sebuah Malaysia baharu.

Asas kerjasama sesama partiparti Pakatan perlu dibina di atas asas-asas pembinaan negara dan bukan sekadar kepentingan-kepentingan kuasa masing-masing.

Tiada ulasan: