Rabu, 5 Mac 2014

Anak Timbalan Menteri Dipercayai Terjatuh Dari Jambatan Kedua P.Pinang

MSTAR ONLINE




GEORGE TOWN: Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki dipercayai terjatuh daripada jambatan itu pada Rabu.

Lelaki berkenaan dipercayai anak seorang timbalan menteri.

Beliau bagaimanapun terselamat dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Dalam kejadian pada 6 Jun 2013 tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan berkenaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Jambatan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu dan dibuka untuk orang ramai sehari kemudian tanpa dikenakan tol selama sebulan.

Kerajaan juga bersetuju menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tiada ulasan: