Rabu, 4 September 2013

Minyak RON 92 (Minyak Petrol 1 Malaysia VS RON 95 Mahal)? Pilihan Terbaru Rakyat Malaysia?


ron 92

Minyak RON 92 : Ehem…..sekitar 2 bulan lepas Berita Semasa ada mengeluarkan laporan berita yang bertajuk “Minyak Petrol RON 91 Bakal Gantikan Minyak RON 95. Usaha Kerajaan Turun Harga Minyak Dan…” selepas mendapat makluman daripada kalangan “think-tank” Datuk Seri Najib Razak yang merancang ke arah mengurang sebanyak mungkin subsidi yang ditanggung kerajaan termasuk subsidi bahanapi. Hari ini…..

Hari ini sudah kedengaran di mana cadangan perkenalkan semula minyak yang lebih rendah kualitinya sebagai pilihan alternatif kepada pemilik kenderaan iaitu minyak RON 92.

Minyak RON 92 Akan Kembali

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
Mahu maklum balas daripada rakyat Malaysia? Adakah benar mahukan responbalas daripada rakyat? Kalau macam itu, turun semula harga minyak, boleh? Maklum balas? Erm…..Berita Semasa merasakan menteri yang bernama Hasan Malek ini baru sahaja belajar-belajar “bermain silat” ketika berhadapan dengan suara rakyat. Banyak yang kena belajar dengan menteri lain seperti………. & ………….
“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya.
Hakikatnya…..kerajaan Malaysia sudah pun membuat kajian sebenar-benarnya termasuklah dengan para pembekal. Hanya menunggu masa dan waktu sahaja untuk dilaksanakan.

Minyak RON 92 VS Minyak RON 95

Teringat Berita Semasa pada zaman dahulu Malaysia ada menyediakan 2 pilihan jenis minyak petrol kepada rakyat Malaysia :
  • leaded minyak RON 92 (minyak merah, berplumbum)
  • unleaded minyak RON 97 (minyak hijau, tanpa plumbum)
RON 92 Malaysia 

Kononnya atas nama mahu menjaga kesihatan rakyat (atas sebab plumbum daripada asap kenderaan membahayakan kesihatan) kerajaan Malaysia telah bertindak untuk menghapuskan penggunaan minyak RON 92 digantikan dengan RON 95 unleaded yang murah dan berpatutan ketika itu.

Walaubagaimanapun, zaman telah berubah kesihatan nampaknya bukan agenda utama kerajaan Malaysia sekarang. Keuntungan yang lebih penting sebenarnya. Dan…atas nama keuntungan, minyak RON 92 akan digunakan semula.
  • Semakin tinggi nilai RON semakin lambat terbakar.
  • RON tinggi digunakan untuk “high compression engine” yang memerlukan “fuel mixture detonate much later dalam chamber” untuk elakkan masalah “knocking”
  • Walaubagaimanapun, ia bergantung sebenarnya bergantung kepada kemampuan enjin anda. Ada enjin yang sesuai untuk RON 97. Ada enjin cukap memadai sekadar memakai RON 95.
Penyelesaian yang lebih kurang sama melibatkan kenaikan harga barang, sehingga akhirnya lahirnya “Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)” :
  • Anda tidak mampu beli barang runcit di kedai biasa disebabkan semua barang sudah menjadi mahal? Nah…mari beli barang yang KUALITI RENDAH
  • Anda tidak mampu mampu bayar harga minyak Petrol RON 95 apatah lagi minyak RON 97 akibat kenaikan kos bahanapi? Nah…mari beli petrol KUALITI RENDAH
  • Jika Mydin ada KR1M, jangan terkejut akan datang akan ada pula PR1M (Petrol Rakyat 1 Malaysia) di bawah kendalian Petron. Mengapa Petron? (KLIK SINI)
Mudahnya penyelesaian? Berita Semasa fikir kalangan menteri perlu menjalani “IQ test” daripada masa ke semasa. Sebenarnya tugas kerajaan, apa dia? Tingkatkan KUALITI HIDUP rakyat Malaysia, tingkat KUASA BELI rakyat Malaysia.

Apabila sebuah kerajaan gagal uruskan ekonomi negara dengan baik dan hanya mampu memberikan solusi yang mana rakyat Malaysia kebanyakannya perlu DOWNGRADE kehidupan mereka untuk menyara kehidupan, maknanya negara kita Malaysia berada dalam masalah sebenarnya. 

Dan…inilah realitinya.  Apa pula pendapat dan komen anda pula dengan dasar pelaksanaan minyak RON 92 ini?

Tiada ulasan: