SHAH ALAM - Pelakon wanita popular, Naszriah Ngasri atau lebih mesra dikenali sebagai Anne dipilih sebulat suara sebagai Ketua Puteri Umno cawangan Dataran Merdeka dalam mesyuarat cawangan itu, hari ini.

Laporan BH Online menyebut, cawangan berkenaan turut menyaksikan perubahan pucuk pimpinan apabila Naib Ketua Cawangan, Nor Adnan Zainal Abidin dipilih sebagai Ketua Cawangan berikutan kekosongan kerusi itu.

Difahamkan, penyandangnya, Datuk Ab Rauf Yusof melepaskan jawatannya bagi cawangan Dataran Merdeka serta Bahagian Bukit Bintang dan bertanding di Masjid Tanah, Melaka.